author linkies entries
#Atas Nama Cinta :)
Friday, 2 December 2011 8 0 comments
`Annyeong haseyo! - practise ckit ;D- `

Assalamualaikum ya akhi .. ya ukhti !

Pada malam yang dipenuhi dengan kicauan cicak-cicak sesat, bunyi-bunyian para tikus-tikus penumpang, dan tidak ketinggalan juga pekikan suara dari televisyen kat ruang tamu tu yang buat pekak telinga! hha~ Sorry...sorry! Saja nak bermadah pujangga . heee! Okey ~ Malam ni Meil nak kongsi pengalaman Meil pulak lak .

As we know, kita sebagai hamba-NYA yang bergelar manusia ni memang tak akan lari punya dari satu perasaan yang bernama C I N T A . Did I said something wrong? No kan!

Erm? Susah nak cakap tentang benda ni, terlalu COMPLICATED tau tak! Actually Meil dah kena dah feeling macam tu . Yalah, I'm a teenagers okey! Normal lah rasa macam tu, bukan Meil sak pun macam tu. You! Yes, awak! Anta! Anti! Semua pernah rasa, but of course, for they yang masih ingat akan hukum mendekati jalan-jalan zina insyaallah akan berusaha untuk mengelakkan perkara-perkara yang dapat mengundangnya contohnya budaya COUPLE. kan, kan, kan? Siapa setuju angkat tangan . w0uw! tak banyak pun yang angkat . Meil agak dah! :'(

And also because of iman and ourself kita pendamkan sak perasaan tu kan . Cuba terus berfikir dan berusaha dengan cara yang betul untuk meraih cinta tersebut. :)



tried to find out the best way :D

Wanita fitrahnya adalah seperti daun semalu, yang berduri dan bila disentuh tertutup malu. Seperti bunga mawar yang indah namun penuh berduri tajam. Be like that girls!

Jangan dihilangkan fitrah itu, kerana cinta kita sanggup mengejar sesuatu yang pasti bukan kepunyaan kita. But absolutely it's totally owned by ALLAH.

Seringkali kerisauan mengenai jodoh menjadi pendorong kepada berlakunya ikatan kemanusiaan jantina yang berbeza yang tiada nilai di sisi agama - bercouple tanpa sah! Masyaallah ! Lupakah kita kan amaran-NYA yang telah terang-terang mengtakan untuk tidak mendekati zina . Yes! You'll tak berzina tapi korang berada di atas jalan zina.

Atas alasan takut diri tidak laku,maka jika sesiapa lelaki yang menghulur cinta maka terus diterima tanpa berfikir dengan akal yang waras. Maka ketetapan Allah mengenai jodoh tidak dipeduli kerana kerisauan yang sering menghantui diri. Betul kan?

Sudah dibilang pelihara diri awak tu, maka peliharalah kerana itu bukan sesuatu yang merugikan. Namun, jika diri sudah terperangkap dengan mainan emosi kerisauan ini, segeralah bermuhasabah. Allah tentu rindu untuk mendengarkan rintihan hamba-hambanya :)

Ya,benar.. Meil akui, jodoh tidak akan bergolek, its need to be find. Namun, pencarian tu bagaimana caranya? Adakah mengikut syariat atau tidak? Adakah awak yakin couple awak sekarang pasti meminang or tidak?

Dan akhirnya pasti kalian menjawab, "terserah pada Allah, moga inilah jodohku"..

Nah, akhirnya sendiri akur untuk berserah juga akhirnya, tetapi berserah setelah mengikut pencarian yang salah, sendiri mampu menafsir apa yang berlaku seterusnya.

Meil tidak menafikan juga bahawa kebahagiaan itu tidak mampu dinilai. Tapi sedarlah wahai sekalian sahabatku, kita sering bermimpi indah selepas perkahwinan, punya anak-anak yang soleh dan sebagainya, tapi hakikatnya kita masih kabur dalam menilai erti perkahwinan itu sendiri.

Seharusnya perkahwinan ini mampu menghasilkan generasi Islam yang lebih mantap, bukan pewaris kepada dosa-dosa yang kalian sudah lakukan sebelumnya.

Tuntasnya, Meil mahu mengingat kepada diri serta sahabat sekalian bahawa carilah jodoh dengan cara yang paling diredhai oleh Allah.

Berpacaran bukanlah jalan terbaik untuk mengatasi masalah kerisauan tentang jodoh. Jika indah akhlak kalian, menjaga peribadi, jodoh itu sendiri datang kepada kalian tanpa disedari.

Mahu pasangan yang soleh dan solehah? Andalah yang perlu menjadi soleh atau solehah dulu...

No need dicari jodoh itu, tapi mintalah kepada-Nya, kerana hanya DIA yang Maha Mengetahui jodoh terbaik.

Apa yang perlu kalian lakukan sekarang bukanlah menjalin hubungan mesra dengan pacaran tetapi jalinlah hubungan mesra dengan Yang Maha Memiliki!

Jangan sekadar mohon jodoh,namun mohonlah juga keturunan yang baik cz that can be penyejuk mata dan hati.

Ikutlah jalan Islam, pasti bahagia selamanya, insyaAllah!



hHuuEe! rasa ngantuk pulak ae?


 Rasanya Meil dah banyak bercakap kat atas tu kan . Like always, itu antara ilmu yang Meil dapat share dengan semua. Hope you'll like it very well !

Again and again and again! Sorry to anyone yang terasa. Meil tak berniat nak buat mana-mana pihak marah okey! Meil pun bukannya sempurna sangat. KITA SERUPA :)

Again ya! Mianhae all, bha..bha! Meil mau tidur . Ngantuk gila-gila nie! Tengok Soebie kat atas tu, dah ready nak masuk bedroom dah . Ahhaa! I get a calling nampaknya, hha! Don't be maid at me . Kite tak buat ape-ape pun, setakat nak borak-borak jer tau . ;p

Need to go b2uty . paapaaaiii #junhyungstyle^^# 


#tillthenextpost#



OLD | NEWER

Copyright by Hanie.
Extremely Kawaii Cute Glittery Eye Kaoani