peace untuk semua ^^
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh antum :D
Pada hari yang penuh berkat dan penuh dengan rahmat ni, I means Friday :) mesti masing-masing dah ada macam-macam program untuk di buat kan? hee!
So today Meil nak cakap hari JUMAAT. Kenapa, kenapa hari Jumaat? Ntah, Meil rasa ini macam satu petunjuk kot . Alaa, kan orang yang meninggal pada hari Jumaat berkat hidupnya. Ae? Mati!!! Astaghfirullah alazim, Meil merepek kenapa ni? hUuiissHHh! Palis-palis simpang malaikat 44. Meil tak nak mati lagi lah, still banyak dosa lagi nie . :)
Bukan apa, sejak akhir-akhir nie selalu Meil akan nampak, tengok, tonton, fikir malah termimpi-mimpi akan perkara yang dipanggil kematian . hue! Seram tau tak, Meil tak sedia untuk meninggalkan malah tak bersedia untuk ditinggalkan orang yang Meil sayang. Maybe Allah bagi petunjuk kot dekat Meil tapi Meil tak mahu pikir lah, mainan syaitan kali tu kan . Okey-okey! Think positive!!! :)))
Tak tahu lah macam mana meil boleh te'reverse' akan benda-benda ni kat kepala hotak ni nah, mungkin sebab Meil buka notes Meil dekat
Facebook tu.
" Oh my! Aku punya solat kadang-kadang bocor bha . Allah! Macam mnalah ni? "
Tu lah yang Meil pikir kan. My Solat! Me, You, and semualah yang bernama muslim and muslimah C:
Selalu kita dengar melalui ustaz, ustazah, ceramah agama, televisyen dan kita baca melalui iluvislam.com sendiri bahawa solat itu tiang agama, juga merupakan amalan pertama yang akan dihisab di Akhirat, solat itu wajib dan banyak lagi tentang amalan yang satu ini..
Tetapi sekerap mana kita laksanakan amalan yang fardhu ini? Ada yang jawab, "Mestila aku solat 5 waktu.. Subuh, Zohor, Asar, Magrib, Isyak."
Ada juga yang jawab, "Eish, soalan ni budak tadika pun reti jawab. 5 kali lah. Tapi aku buat tiga kali je, kadang-kadang dua kali..ikutmood lah."
Mungkin you'll juga pernah dengar ada yang menjawab, "Solat? Penting sangat ke..? Entah, aku tak pernah kisah pun nak solat-solat ni. Aku bukan alim pun nak solat-solat ni."
Excuse me! Minta perhatian ye saudari, saudara yang dilahirkan ISLAM dan didalam IC tertera perkataan ISLAM..
Solat diamanahkan BUKAN untuk orang alim-alim sahaja. Sesiapa sahaja yang beragamaISLAM, WAJIB menunaikan solat 5 waktu yang diamanahkan Allah S.W.T. Tidak ada wujud istilah terpulang pada diri masing-masing kerana kubur asing-asing. Walaupun kubur memang asing-asing tetapi sekurang-kurangnya kalau kita tidak diseksa kerana tidak menunaikan solat tak ada lah jiran sebelah kubur kita tu terpaksa tutup telinga dengar awak menjerit terlolong kena seksa nanti!
Dulu Meil pun pernah terfikir sambil merungut, "Kenapa la kena solat.. kan leceh?"
Lepas tu bila Meil sudah berilmu sedikit Meil terfikir pula macam ni.., "Nampaknya dah nak habis waktu ni, kalau solat pun belum tentu diterima. Takpe lah esok je lah solat."
Kadang-kadang otak Meil berfikir juga macam ni dek kerana hasutan syaitan-syaitan durjana,
"Aku ni dah pernah buat banyak dosa. Dosa besar, dosa kecil, kalau aku solat pun mesti tak sah. Jadi, tak payah la solat."
Ataupun begini, "Alah, aku ni muda lagi. Kalau tahun depan baru start solat pun takpe."
Astagfirullahalazim! Ya Allah ampunkan lah dosa-dosa Meil selama ini kerana sering mempersoalkan tuntutan-Mu suatu ketika dahulu!"
wae? sedih tau, tak terkata dah :'(
Rakan-rakan sekelian, tujuan Meil menaip artikel a.k.a copypaste ini bukanlah untuk memesongkan akidah sesiapa dan mengajar rakan-rakan berfikiran negatif seperti yang diatas. Tidak sama sekali! Meil cuma sekadar ingin mengingatkan antara satu sama lain dan diri sendiri kerana Meil pun hanya manusia yang sering melakukan kesilapan.Meil juga jahil tetapi ilmu yang dipelajari serta nasihat yang berterusan Insya-Allah dapat mengurangkan kejahilanku dan menambahkan ilmuku terhadap Islam yang aku anuti sejak kecil ini.
Allah beri kita telinga bukan untuk dengar lagu-lagu favourite kita semata-mata. Allah kurniakan telinga kepada kita agar kita dapat mendengar AZAN iaitu seruan kepada umat Islam untuk menunaikan solat pada setiap waktu-waktunya. Ada juga alasan belum sampai seru untuk menunaikan solat yang pernah Meil dengar daripada mulut-mulut mereka yang gemar memberi alasan. Come on! Kalau AZAN yang sekuat-kuat tu pun dikatakan tidak sampai seru lagi agak-agaknya nak kena kuat macam mana lagi ya?
Yang paling hairan bila Terawih bukan main laju pergi masjid. Siap ada yang kutuk-kutuk manusia-manusia yang tidak pergi Terawih pula.. padahal Terawih itu amalan sunat. Sedangkan amalan wajib yang 5 waktu tu tidak pula mereka laksanakan. Kalau laksanakan pun mungkin lopong-lopong. Lebih banyak lopong daripada yang terisi. Itulah realiti sebilangan umat manusia yang mengaku ISLAM tetapi tidak langsung menjaga amalan yang diwajibkan oleh Islam itu sendiri. Hello! Solat sunat yang kita buat tu akan jadi haram sebab apa guna buat yang sunat tapi yang wajib tunggang-telanggang pulak .
Tidak guna kaya harta kalau tidak reti bersyukur yakni menunaikan solat kepada Allah yang memberi rezeki.
Tidak guna pandai kalau tidak reti berterima kasih yakni menunaikan solat kepada Allah yang memberi kebijaksanaan.
Tidak guna dipuji dan berstatus tinggi jika tidak reti memuji Allah yakni menunaikan solat kepada Allah yang berhak menerima segala puji-pujian.
Tidak guna hidup lama jika tidak reti bertafakur yakni menunaikan solat kepada Allah yang mengurniakan roh, jasad dan nyawa.
Tidak guna kita mengejar nikmat dunia semata-mata dan lupa bahawa dunia ini hanyalah persinggahan yang tidak pasti. Gunakanlah kaki dan tangan yang Allah kurniakan untuk bersujud dan berdoa kepada-Nya.
Meil sure semua yang membaca artikel ini masih bernafas dan hidup, samada sihat atau tidak itu tidak penting. Yang penting, you'll masih ada peluang untuk memohon keampunan-Nya dan bertaubat. Jangan nanti, bila roh dah sampai ke tekak (dicabut) ketika itu barulah memikirkan dan berteriak....
"Malaikat Izrail! Please bagi peluang, I nak solat dulu!"
hha! Jangan sampai macam tu pulak ae! :) untuk renungan kita sama-sama. Together-gether lah kita berubah kearah yang lebih baik okey! ^^
Alalala~ Janganlah merajuk. Marah? Aiiyyooo~ Meil bukan nak buat orang tambah marah pulak. Okey! Tak semua orang boleh terus direct berubah kepada kebaikan. Buat perlahan-lahan, insyaallah dengan izin-NYA kita boleh buat .
Bak kata adik-adikku .."InsyaALLAH boleh" :)))
UNIC said C:
"Jangan sekali engkau melengahkan"
"kerana solat mendidik kita"
"Sumber kekuatan hati dan jiwa"
"Demi mengharap redha yang Esa "
Wahahaha! Meil nak sms orang dulu lah, huhue! Enpon dah melalak dari tadi dah tu. hha! Okey then! Nanti malam insyaalla Meil update lagi . Assalamualaikum ~
#tillthenextpost#